Tuesday, May 10, 2011

Pregnant 5 weeks..

Salam...
Arini saje nak share citer berkenaan kehamilan. Alhamdulillah, I am now 5 weeks of pregnancy. Citer starting2 sebelum aku tau aku pregnant cmni. aku g port dickson ngan husband, sat n sun kitorg tdo kat hotel. saje pegi bcoz tetibe rasa nak main segala sukan air (kayak, air head, naik pensel) and go kart bagai..bukan main lasak aku time tu. enjoy cm org gile sbb xtau pon aku dh peknen.

pastu ahad malam, balik umah mak kt nilai, aku punyela lemah nk mamp*s...tp bkn muntah2 tau, cirit-birit..pelik kan? naik letihla lutut aku menahan kesakitan time tu.. nk kata aku salah makan, suma yg husben bedal, itula aku telan gak..itu yg musykil tu. malam tu mak aku buatkan ubat n husben pon gigih urutkan aku bagai..Alhamdulillah mak ngan husben baik sgt jaga aku time tu ^_^

Esoknye, aku x puas hati, nak gak pi klinik UiTM tu untuk mintak ubat cirit birit, tp hati aku kuat mengatakan nak check urine gak sbb aku rasa bdn x sihat, n pening2. Alhamdulillah, 25 April 2011, aku telah disahkan positif mengandung 4 weeks...xtau cmne nak gambarkan perasaan ini, aku kawen bulan 3 n im pregnant as early as this...Tq Allah!!! bila aku bgtau husben, ofcoursela dia trsangat2 happy.terus je bahasakan diri dia 'ayah'..hehhehee...

now usia my lil adalah 5 weeks. besar my lil maybe mcm gmbar di bawah sekarang ni.. source: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/5-minggu/
Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini.

Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang folik asid yang diperlukan oleh anda.