Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil
Sewaktu itu aku membantu ibu saudara yang baru sahaja membuka restoran tomyam di Pantai Puteri Melaka untuk menghabiskan cuti semesterku sekitar Mei 2004. Aku seronok benar membantu ibusaudaraku kerana restoran itu betul-betul di hadapan pantai (dari kecil aku sememangnya sukakan pantai).
Dia pula selalu datang, hampir setiap hari, tetapi bukan ke restoran kami tetapi ke restoran bersebelahan milik rakannya. Setiap kali dia lalu dihadapan restoran, pasti aku terhenti dari pekerjaan ku. Hendak mengelap meja pun aku boleh jadi berdiri tegak panjang-panjang leher memandang ke arahnya. Mungkin kedengaran seperti `perigi mencari timba’, tetapi aku sendiri pun tidak ada jawapan kukuh untuk tindakan ku itu. Sehinggakan aku boleh mengecam bunyi motornya walaupun ketika itu aku sedang sibuk memotong bawang di bahagian dapur. Dapat dengar bunyi motor pun aku boleh senyum lebar, apatah lagi aku dapat melihat wajahnya yang tampan (tampan mengikut definisi mataku). Tapi dapat kurasakan kadangkala dia juga mencuri-curi pandang ke arahku ketika berada di restoran kawannya tetapi dia tidak pernah cuba untuk menegurku.
Pada suatu malam aku sedang berdiri di tepi pantai bertemankan oleh kakak saudaraku. Sungguh tenang kurasakan suasana malam itu ditambah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipiku. Tiba-tiba aku mendapat ‘missed call’ berulang-ulang kali dari nombor yang tidak dikenali. Bila diangkat, tiada pula kedengaran suara. Marah juga rasa hati apabila diganggu tatkala aku sedang hangat berbual dengan kakak saudaraku. Aku memandang sekeliling, tiba-tiba aku ternampak kehadirannya di situ. Pandanganku seperti terkunci, fikiranku pula terbang tanpa dapat menumpukan perhatian terhadap butir bicara kakak saudaraku lagi. Hatiku berbunga-bunga ketika itu, aku lihat dia tersenyum-senyum memandang ke arahku. Kakak saudaraku juga perasan keadaan itu hingga menarik sedikit rambutku supaya aku sedar, lalu kami sama-sama ketawa. Tetapi entah kenapa aku yakin benar dia yang membuat panggilan tadi. Keberanian apa yang datang membuatkan aku terus berjalan ke arahnya yang ditemani rakan. Aku berdiri betul-betul dihadapannya. Inilah kali pertama aku dan dia berhadapan, dapat kulihat jelas wajahnya, matanya. Tiba-tiba seperti terkena penyakit Parkinson, aku terketar-ketar mengeluarkan soalan ‘err..saya ke awak yang telefon tadi?’. Sedangkan soalan sebenarku ‘awak ke yang telefon saya tadi?’. Dia terus ketawa melihatku. Sejenak itu, matanya tepat memandang ke arah mataku. Aku memang benar-benar terasa ingin bernyanyi ‘dari kerana mata..yang mempunyai kuasa’ (tetapi kubatalkan hasrat itu kerana tidak mahu basah dengan air hujan kalau aku bernyanyi). Dari mata jatuh kehati. Sementelah aku malu pula dengan keadaan itu, terus sahaja aku jalan laju-laju balik ke restoran.
Sehari selepas itu, dia memberanikan diri menelefonku. Dia menerangkan kepadaku, setiap kali dia ke restoran rakannya, dia juga sebenarnya menyimpan hasrat untuk mengenaliku. Namun memang fitrahnya yang malu dengan wanita, dia hanya mampu memandangku dari jauh. Dia memperoleh nombor telefonku dari rakannya (baru aku ingat rakannya memang pernah meminta nombor telefonku). Setelah sebulan perkenalan kami, dia melahirkan hasrat untuk menjadikan aku kekasih. Pastinya aku juga malu-malu kucing bersetuju (walaupun dalam hati nak melompat-lompat, tetapi masih juga aku berjaya mengawal nada suara girangku).
Hampir 6 tahun 5 bulan tempoh perkenalan kami. Dia bukanlah lagi kekasihku wahai pembaca semua. Kini, lelaki ini adalah tunangku, bakal imam dalam hidupku. Kuasa cinta sangat hebat, aku benar-benar menyintai lelaki ini. Dia yang tidak pernah bosan melayan kerenahku dan sentiasa memenuhkan ruang hidupku dengan C-I-N-T-A. Oh aku benar-benar telah terkena panahan cinta pandang pertama kak nad ;-)
I must say this pelamin catch my eyes and my interest so much! Pelamin Roman Pillar from Dina Halim Boutique ini menarik perhatian saya kerana pilihan warna lembut terutamanya warna merah jambu juga warna kegemaran saya. Gantungan bunga-bungaan di tengah-tengah pelamin mengingatkan saya adengan perkahwinan yang menggunakan konsep seperti ini dalam filem ayat-ayat cinta. Elemen roman klasik dan elemen moden menitip kesempurnaan ruang pelamin berhias sempurna.
auuuuwww..sweeett!!! yanggg! gudlakk....gambar tu sgt menambat hati ku!!hihi
ReplyDeletehahahaha...elya! I malooo >.< tq tau! jom la join gak yaaang...
ReplyDeletehye..smoga berjaya..i join this contest gak..jum exchange link..:)
ReplyDeleteSalam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.
ReplyDelete:)
adila>> tq =) jom exchange link...
ReplyDeleteszakif>> tq so much tau ^_^
:) akak dah dtg sini..
ReplyDeletegood luck ye!