Wednesday, December 22, 2010

Borang kebenaran nikah camne nak wat?


picture credit to en Ubi.


Help! Help! hihihi..xde umah sesapa terbakar kwn2..saya cuma nak mintak tulun ni...hihi..simple question but difficult banget for me..soalan2 nya adalah:

1) klu lelaki org melaka, i n9..lelaki tu perlu mohon kebenaran nikah luar negeri kan? tp kt pej agama Melaka ke N9 yek?

2) Akuan bujang hanya lelaki buat or pompuan pon kena? (maap...sengal tahap gaban nih =P )

ok tu je..arigatou kawan2 ^_^

Thursday, December 9, 2010

My 1st GiveAway in 2011


Hi u Olls!

Tadi terjumpa satu blog yg dimiliki oleh seorg gadis yg suwiit ok...x caya? korg tgkle gambar kat banner atas ni ok...yang baju kebaya pink tu..umur pon baru 22! Ms. Fieza anjurkan satu Giveaway (GA) yg pertama, kiranya khas untuk permulaan yg baik bagi 2011 ni... =)

cmne nak join? GA ni for me, sgtla sempoi..korang xpyh nak wat2 slogan ke, pantun ke, ape ke... nak tau lebih lanjut? click here> http://hafidzahhafidz.blogspot.com/2010/12/my-1st-giveaway-in-2011.html
Hadiah pula? Misteri..hehehe... Fieza kata Hadiah disediakan sweet utk org yg dah berkahwin, bakal berkahwin, yg belum berkahwin, teruna dan dara..

Camne pemenang ditentukan?-kakak kepada Fieza akn pick nama2 randomly...sistem lucky draw le...so suma org pon buleh menang ^_^ kot2 rezeki kita kan? jom ramai2 join!!

I kena tag 3 nama...hopefully korg pon sudi menjoinkan diri ye kwn2.. =) Kawan2 lain yang terbaca entri ni, dijemput skali join ok..

1) Elya
2) Visible Voice
3) Haszuraidah

Lagi satu...tarikh tutupnye?

Tarikh tutup: 26 February 2011
(kemungkinan besar juga Fieza akan tutup lebih awal GA nie)

Tuesday, December 7, 2010

Prosedur Kahwin Diperlukan segera T_T


Salam semua...ini entri kilat!!! (hihihihi....aku mmg nak kena panah petir dh ni ngan family aku....) sebabnye hanya kursus kahwin je yg aku dh pegi! even 3 bulan lg aku nk kahwin??? benda lain yg aku buat? nan adooo....mmg xdo lgsung...uhuk2... sbbnye aku ni yg 1st kahwin dlm family... boleh B2B or ex-B2B kongsi dgn aku cmne prosedur lengkap sblm kahwin ni? ape borang2 or pejabat yg aku kena turun naik untuk settlekan borang2 ni sume? sies aku mmg xtahu ape patut aku buat ni...anda semua yg baik hati, sila bgtau saya..especially pengantin area N9 ni, pejabat mana aku kena g ni? hadui..buntunyeeee....

Monday, November 29, 2010

Ministry of Moment : Just Like contest!!

Ministry of Moment (MOM) buat contest...jom join..kot2 la ade rezeki kita. tambahan pula we can't even argue on the beauty of pictures taken in this album all dearies.. check this out> MOM facebook. In addition, their most professional touch has been expressed in great wedding photos of Datin Paduka Umie Aida. Check this out guys! mmg favourite I for all the time la gambar-gambar ni.. =)

I tau contest ni dari sweet Elya yang invite I join this contest. Thanx dear.. Kwn2 yang berminat nk join boleh refer caranya di blog Elya ye. U know what? Our MOM sgt baek sbb dgn hanya click Like di Facebooknye , kita akan berpeluang memenangi:

FREE photography package worth RM2,000!!

Agak susah juga nak pilih gambar yang unik di dalam album contest MOM di Facebook tu sebab rasa mcm total 200 pictures tu ade keunikannye yg tersendiri. But finally, I choosed this one picture with thousand stories inside ^_^





Honestly, saya tak pandai memberi komen dari segi teknikal seperti photographer hebat yang lain. Pandangan mengenai gambar ini hanya dari melalui bebola mata chumel saya yg akan dizahirkan dengan ayat saya sendiri.. ^_^ Why I like this photo? Ianya menceritakan hubungan kanak-kanak sekolah yg sangat dekat dengan alam. Hebatnya karya ini!

Saya mulakan dengan angle yang dekat dengan 14 orang kanak-kanak sekolah menaiki trak ini. Kalau kita sebagai orang dewasa, pastilah akan rasa tidak selesa dan mungkin merungut. Tapi lihatlah betapa kentalnya jiwa mereka. Kesucian hati mereka untuk ke sekolah menimba ilmu lebih penting dan mampu mengenepikan perasaan negatif-negatif lain. Hubungan mereka sungguh rapat dan terpancar kegembiraan di wajah kanak-kanak ini hingga ada yang melambai tangan kemesraan kepada kita.

Angle jalan yang jauh itu pula menggambarkan seolah-olah perjalanan hidup kanak-kanak ini masih jauh dan banyak lagi yang perlu diterokai oleh mereka. Jalan yang dipenuhi air lumpur itu bukan penghalang bagi mereka. Basuh lah lumpur-lumpur yang ada dalam keluarga kita dengan kejayaan dunia akhirat adik-adik.

Selain itu, keindahan alam di sekeliling mereka dengan pokok-pokok menghijau, sehijau kanak-kanak ini yang boleh dilentur dan dibentuk menjadi insan berguna yang berbakti kepada masyarakat satu hari nanti.

Pandangan saya beralih pula kepada langit yang cantik birunya dan tenang bagi sesiapa sahaja yang melihat foto ini. MashaAllah! Allah maha besar. Indahnya Alam ciptaanNya. Ketenangan yang lahir dari pancaran cahaya langit itu mampu menyinari hidup kanak-kanak ini dengan limpahan ilmu pengetahuan. Penceritaan hebat dari Ministry of Moment dalam karya ini!

Semoga berjaya dalam hidup kalian adik-adik. Doakan kakak berjaya dalam contest MOM ini juga ye ^_^

Monday, November 15, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati

Banner di atas adalah banner bagi contest Dina Halim edisi kedua ni. Antara syarat pertandingan anda mestilah BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Kepada bakal-bakal pengantin yang nak menang hadiah, jom kita reramai join this interesting contest. Hadiah2 yang sangat menarik disediakan. antaranya:

TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil

TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)

TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)
*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE
dan
20% DISKAUN ke atas
pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK

Haish, saya dah nmpak ye sinaran2 mata anda bila tahu hadiahnya..hihihi..so do I..tuah ayam nampak dikaki kan? tuah manusia tak siapa tahu..jadi tak salah mencuba =) for futher details, check this out ok kwn2 >> http://dinahalim.blogspot.com/2010/11/dina-halim-online-contest-dari-mata.html

Ok, sekarang tiba masanya untuk saya mencuba nasib =)

1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini. (ye, saya bakal pengantin yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan).

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas. (Saya berumur 25 tahun)

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.(Semuanya dah beres)

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.(Done)

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim. (Done)


6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!) (Dah letak kak..harap dapat menambat la ye ^_^ )


7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^) (Done)

Esei:

Sewaktu itu aku membantu ibu saudara yang baru sahaja membuka restoran tomyam di Pantai Puteri Melaka untuk menghabiskan cuti semesterku sekitar Mei 2004. Aku seronok benar membantu ibusaudaraku kerana restoran itu betul-betul di hadapan pantai (dari kecil aku sememangnya sukakan pantai).

Dia pula selalu datang, hampir setiap hari, tetapi bukan ke restoran kami tetapi ke restoran bersebelahan milik rakannya. Setiap kali dia lalu dihadapan restoran, pasti aku terhenti dari pekerjaan ku. Hendak mengelap meja pun aku boleh jadi berdiri tegak panjang-panjang leher memandang ke arahnya. Mungkin kedengaran seperti `perigi mencari timba’, tetapi aku sendiri pun tidak ada jawapan kukuh untuk tindakan ku itu. Sehinggakan aku boleh mengecam bunyi motornya walaupun ketika itu aku sedang sibuk memotong bawang di bahagian dapur. Dapat dengar bunyi motor pun aku boleh senyum lebar, apatah lagi aku dapat melihat wajahnya yang tampan (tampan mengikut definisi mataku). Tapi dapat kurasakan kadangkala dia juga mencuri-curi pandang ke arahku ketika berada di restoran kawannya tetapi dia tidak pernah cuba untuk menegurku.

Pada suatu malam aku sedang berdiri di tepi pantai bertemankan oleh kakak saudaraku. Sungguh tenang kurasakan suasana malam itu ditambah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipiku. Tiba-tiba aku mendapat ‘missed call’ berulang-ulang kali dari nombor yang tidak dikenali. Bila diangkat, tiada pula kedengaran suara. Marah juga rasa hati apabila diganggu tatkala aku sedang hangat berbual dengan kakak saudaraku. Aku memandang sekeliling, tiba-tiba aku ternampak kehadirannya di situ. Pandanganku seperti terkunci, fikiranku pula terbang tanpa dapat menumpukan perhatian terhadap butir bicara kakak saudaraku lagi. Hatiku berbunga-bunga ketika itu, aku lihat dia tersenyum-senyum memandang ke arahku. Kakak saudaraku juga perasan keadaan itu hingga menarik sedikit rambutku supaya aku sedar, lalu kami sama-sama ketawa. Tetapi entah kenapa aku yakin benar dia yang membuat panggilan tadi. Keberanian apa yang datang membuatkan aku terus berjalan ke arahnya yang ditemani rakan. Aku berdiri betul-betul dihadapannya. Inilah kali pertama aku dan dia berhadapan, dapat kulihat jelas wajahnya, matanya. Tiba-tiba seperti terkena penyakit Parkinson, aku terketar-ketar mengeluarkan soalan ‘err..saya ke awak yang telefon tadi?’. Sedangkan soalan sebenarku ‘awak ke yang telefon saya tadi?’. Dia terus ketawa melihatku. Sejenak itu, matanya tepat memandang ke arah mataku. Aku memang benar-benar terasa ingin bernyanyi ‘dari kerana mata..yang mempunyai kuasa’ (tetapi kubatalkan hasrat itu kerana tidak mahu basah dengan air hujan kalau aku bernyanyi). Dari mata jatuh kehati. Sementelah aku malu pula dengan keadaan itu, terus sahaja aku jalan laju-laju balik ke restoran.

Sehari selepas itu, dia memberanikan diri menelefonku. Dia menerangkan kepadaku, setiap kali dia ke restoran rakannya, dia juga sebenarnya menyimpan hasrat untuk mengenaliku. Namun memang fitrahnya yang malu dengan wanita, dia hanya mampu memandangku dari jauh. Dia memperoleh nombor telefonku dari rakannya (baru aku ingat rakannya memang pernah meminta nombor telefonku). Setelah sebulan perkenalan kami, dia melahirkan hasrat untuk menjadikan aku kekasih. Pastinya aku juga malu-malu kucing bersetuju (walaupun dalam hati nak melompat-lompat, tetapi masih juga aku berjaya mengawal nada suara girangku).

Hampir 6 tahun 5 bulan tempoh perkenalan kami. Dia bukanlah lagi kekasihku wahai pembaca semua. Kini, lelaki ini adalah tunangku, bakal imam dalam hidupku. Kuasa cinta sangat hebat, aku benar-benar menyintai lelaki ini. Dia yang tidak pernah bosan melayan kerenahku dan sentiasa memenuhkan ruang hidupku dengan C-I-N-T-A. Oh aku benar-benar telah terkena panahan cinta pandang pertama kak nad ;-)


8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan. (Sudah 6 tahun 5 bulan kak)

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda. (Done)



I must say this pelamin catch my eyes and my interest so much! Pelamin Roman Pillar from Dina Halim Boutique ini menarik perhatian saya kerana pilihan warna lembut terutamanya warna merah jambu juga warna kegemaran saya. Gantungan bunga-bungaan di tengah-tengah pelamin mengingatkan saya adengan perkahwinan yang menggunakan konsep seperti ini dalam filem ayat-ayat cinta. Elemen roman klasik dan elemen moden menitip kesempurnaan ruang pelamin berhias sempurna.

Monday, August 9, 2010

me gemuk girl now dh kurus blk! yahuuu...

hi peeps..arini aku bknle nk mem promote diri plak..hanya sekadar berkongsi kegembiraan aku n hopefully gembira selama2nye la..ingin brkongsi ngan korang zaman aku kurus-gemuk-kurus blk...jom lyn picture2 nih..ni time aku diploma...gambar ngan kwn sekelas aku nih..i like my figure time ni...pakai saje ape2, it fits me..xpnh plak aku rasa nak diet2, pikir2 psl bdn nih..suma benda aku balun... =P

picture i hate the most..ni masa wat degree...rasa nk sepak muka sendiri...mcm di pam2...aku xmo letak gmbar full body sbb aku takut korg hina aku lak..hahahha...ko tgk..ko tgk...gemok gile! korg bygkn xde sape tegur aku yg aku ni gemoook senah! no one..aku pon pelik..even my fiance pon x pnh kata aku gemuk..kecuali adik laki yg sorg tu..dia slalu pgl aku 'badak air,lemak berketul2' (hina betul kurasakan..tp aku?tetap wat dek sbb sorg je yg kata, ape adehal kan)..hahhaha..paaang..sila tampar aku sbb x sedar diri lg...u know what im 60kg time ni! bongok ko x perasan n wat xperasan lg...

and now! aku boleh trsenyum lebar..yes maybe sgt2 lebar? selepas brtunang, aku trpaksa ke jepon as an exchange student utk wat masters selama setahun..sbb maybe dh xde dating2 ngan si cayaaang aku tu..aku pon byk la masa sorg2 kan? dan hasil kesedaran tinggi nak kawen dh oi...badan kenala superb kan..aku rasa suma B2B pon akn risau cm aku ni..hasil usaha yg dasat kulakukan..alhamdulillah, i get my figure back..n now im 48kg! i lost 12kg dlm masa? 6bulan kot..yessss mmg lama kan? tp aku xnk cepat kurus cepat pula gemuknye..aku nak maintain n mengamalkn diet yg sihat..not a crash diet yg blh cepat kurus tp aku menggelupur kelaparan..huuuu..so not me..aku mahu kesannye lama..sape yg nak tau ape aku lakukan (chewaaah budget best sgt la kan) hhahaaa..drop me a comment, i dun ever mind for sharing..insyaallah =) to B2B jgn pnh mudah tunduk pada nafsu makanan yg jahat itew ok...till then..

hantaran indah~

rasanye kan readers (ceh, mcm la ade org nak bace blog ko ni-pemalas!! ) hhahaa...oops, sambung td..rasanye kan readers, aku dh jatuh cintan tahap gaban kat hantaran2 pesen ini..

bunga2 mengelilingi dulang...sape2 tau cmne nak wat ni? pepaham jelah, pengantin budget cm aku nih mmg klu boleh di DIY mmg aku sanggup je (walaupon hasil slaloo ntah ape2..hahhaa)...ade yg leh sharing2 cmne nak wat ni x? =) drop a comment k dearie..

All picture credit to Ariweddingcouture and D'jari artz. sape2 ade kemampuan sila brtemu mereka..but for me, i will do it klu termampu.. =) sape nak ajar aku yg xtau ni? silakan kwn2...appreciate sgt2...




Sunday, August 8, 2010

white kurung moden..

baju kurung moden bawah ni dikirim oleh my sweet cousin, cik Sri Rahimah..tq cayaaaangg...im so lurve with it..white in color...sgt stunning..plus this bride pun mmg cantik kan kwn2? =)

yg bawah ni pula i get this from facebook Rins Suzana...sukanya i tgk yg kaler putih tu...all dearie, i dgr dia ade buat promo hanya RM99!!!! for both laki n pompuan nyer baju sanding..so apelg? serbu....berbaloi2..but i pon x g nengok baju tu lg...kak su ni kata, u can drop by to her place n blh cuba baju tu..baru book =) so klu kwn2 free, silala dulu..nanti bgtau sy k..sbb sy kt jepon lg...xdpt pegi T_T nanti blk baru nak g tgk ;-) hehhehe...

kesimpulannya hati i sgt2 jatuh cinta dgn white kurung moden...hmm fariha, stick with this one! white..white...and white..suci murni ;-)

Friday, August 6, 2010

my dream wedding shoes =)

I am in love with this one.. owh my god..btl2 dh jatuh cinta...klu ade sesiape trbace entry ni, sila2 la bg komen sesuai x klu aku nk pakai utk nikah nnti? =) my baju kurung moden (blm siap pon lg...hahaha...kain pon x beli lg =P ) will be in white insyaallah...tp sesuai ke? over x bling2 cmni? hahaha...lg satu tinggi nye plak 9cm..mak oi....seimbang x aku nnti ni? kang terjelepok cm nangka busuk, naya...hahaha



Saturday, June 19, 2010

My Tq tag


hello peeps! =) I would like to share with all of you tq tag that i ngan sgt gigih gunting satu2..tp i x design this tq tag..one of kind blogger ngan baik hati bg kat suma B2B.. refer here http://misi5april2009.blogspot.com/2010/01/hadiah-sempena-tahun-baru-free-thankyou.html

I would like to say tq so much to her..from her gift ni, i edit sikit jek..i take my photo n my dearie, edit kt paint (sbb aku bongok sket gune Photoshop =P) n tadaaa..ni lah hasil nye..maybe bg kamu2 xla kebaboom sgt kan benda yg i wat ni..but then i mmg happy coz keras jari jemari aku ni untuk menggunting satu T_T hehehe..layaaaan

Tuesday, June 1, 2010

parasol umbrella..anyone? =)

hi all..

lama betul x jenguk blog i nih..hehehee..dhla blogger baru..malas lak tu..haish.. malu2.. =P
for ur info, i ade beli 4kaki payung parasol in japan ni...nape beli kat japan? hehehe.. sbb i dh soh kwn survey2 kan kat Msia, payung yg tgh hot ni byk sgt lubang2 kat renda nyer..ntah..i x bape minat sgt..hehehe..and dia ckp kat Msia kaler putih je ade ek? entah..correct me if im wrong.. ok saje untuk berkongsi..i beli payung ni untuk my wedding dais nanti..over =P prepare payung sblm tempah pelamin suma? hahaha... payung ni kaler beige ye..bukan white.. advantagenye bila dlm gambar nmpak cm white and x too striking whitey..cm iklan gigi putih tu..got it? =P so dlm gambar nmpak sejuk je kaler dia..my wedding insyaallah awal tahun depan. sape yg nak kawen tahun dpn, i nak promote2 nih..kepada sesiapa yg nak sewa my payung before or after my wedding dipersilakan...i ade 4kaki umbrella ni... sape minat sila email me at fariha_gurl@yahoo.com.. harge bleh runding okies? =)



Tuesday, April 6, 2010

10th April 2010..

ada apa dgn tarikh ini? hehe...actually sabtu ni adalah bday my beloved mak... yang ke 48...moga mak panjang umur dimurahkan rezeki..amin..i love u mak... dan? wedding reception for my brother... T_T hati sungguhla meronta2 nk blk msia...nk hadir dalam majlis tu...tp apekn daya, hehe..kena berjimat..kot x, x kawenla jawabnye.. xpela, lgpun masa nikah dia dh blk dah... (ayat nak sedapkan hati tp sodih =P )

tp dh mintak my sista yati wat suprise for mymom..hehe..mula2 i dh penat carik pelbagai kek untuk ditempah.. antaranye:


ini =) nice yellow..


atau yang ini..strawbery yummy!!

sumber: bake it right klu x silap.. betul rasanya =)

tapi kan adik i pulak yg sibuk gile..katanya skali ngan wedding reception, ofcourse dia akn sibuk sesibuknye... =) jd tukar plan...beli kat secret recepies jela kot..tagline atas kek tu nanti 'from japan with love..selamat hari lahir mak'... =) hopefully she can make it la... n for wedding reception, i wish they can bring the laptop n webcam? hehe...asal dpt tgk i will be sgt2 happy dah..
and insyaallah next time rase cam nk tempah je kat bake it right ni sbb kek nyer cantik2 =) to those yang bace entry ni check it out http://bakeitright.blogspot.com/

Friday, March 26, 2010

Me n Him~

saje je buat entry ni..bukan nk expose lebih =p ..tp untuk diri sendiri n kenalkan kat kwn2 yang lain..ade kwn2 yg xsempat sy beritahu pun masa kami bertunang...that is because i was so busy at that time untuk preparation ke jepun...and persiapan engagement pun dibuat dalam masa 2minggu jek lebih kurang.. =) maaf kepada semua..insyaallah kawen nanti sy jemput suma org ye..

Mmg xrancang lgsung engagement ni tp inilah namanye takdir kan...im officially his fiancee rite now..alhamdulillah..hopefully jodoh kami kuat dan rancangan kami untuk mendirikan masjid akan dipermudahkan la hendaknye..amin..doa2 kanlah kami ye..terima kasih..


this is me~

this is him~ =)

this is us~ni bukan time tunang tau..tp time wedding my bro =)










My Pelamin dreams~

segannye...baby blogger ni asyik menunjukkn sikap malas nk menghapdet blog..hik hik... =) too busy with works in lab sometimes...but today i just want to share with you my wedding dreams..hopefully it will be reality le..itupun tgk le budget nyer nanti...

to all owner picture kat bawah ni, ade yg i dh lupa kat manela i ambik...sbb dh trlalu byk sgt i save...ampunkn sy n please halalkan..or kot x pun bgtau sy ye? =)

ni antara pelamin2 yg i craving for...insyaallah i will contact the vendor.. =)



or this one? from Dina Halim Boutique:



sebenarnya ade byk lg...tp in next entry le kot...sbb masa panjang lg...jd i will choose betul2 and ofcourse i will update untuk dijadikan panduan bg bride to be yang lain (cewah...ckp cam layak je kan?hik hik...)

di kesempatan ini juga nk ucapkan tima kasih kepada sis sophisticated bridezilla yang sudi comment i yg sgt ntahapeapentah ni =) thanks for d wish..happy sbb u blogger fopular okies..hehe...suka sgt baca writing blogger B2B yang lain jugak..mmg best...gambarimas! (mari berusaha!)














Friday, February 19, 2010

Dah tau Chatting kat YM dah...

Alkisahnya...
Pagi ini aku mimpikan mak dan ayah..rindu sgt kot...bgn2 je aku terus capai phone msg kaklang soh on ym n webcam..i want to talk with mymom..mula2 borak dgn kaklang..lamalah gak..masa tu mak ade kat sblh dia tp mak senyum2 je..sebak tgk i la tu..rindu..


pastu tetiba kaklang berdiri..aku rasa dia g toilet kot...sejurus itu mak mendekatkan badannya ke komputer..ikuti perbualan kami:


i: mak akk nk kawin ye? =p
mak: kad mhl ke murah x ksh
i: mak yang taip ke tu? (tanyeku penuh curiga =p)
kaklang:
mak type td 2 (kata peguam bela)
i: terer (jwpan kekagumanku)
kaklang:
apsl ko sonyum (marah ingat aku perli mak)
mak:
xlme lg pndai la mak ni (mak menaip lg)
i: yea yea! Hehe.boleh ym slalu ngan mak nanti (kagum sangat)
mak:
kau dah masak ke lom (cewah...dah up lagi soalan dia)
i: dah..akak goreng ayam campur sayur..mak masak ape?
mak:
gulai telor itik (huu..aku mau juga T_T)
i: sodap! nak sikit..mak makin putihla =)
mak:
oklah mlm nanti sniagambg lagi mak nak g. (aku yakin itu adlh sembang =p)
i: ok.. i love u
mak:
i love u 2


wah...rasa sgt relief dpt cakap ngan mak..tp ape yg membuatkan smpai aku nk post kat blog lak? ym je pun kan?hehe..sebenarnye mymom ni sgt xsuka nk godek2 phone ke komputer ke...smpai skrg dia xtau nak taip sms pun =) mysweet mommy...dia suka call jek =) mak...akk suka sangat mak dh tau chatting dgn akk through ym..i love u mak =)

BoyFie's HandMAde...


Picta ni i ambik masa ke Kamaishi few weeks a go..Tmpatnye dekat ngan Pacific Oceans.It had a very nice view.

Gambar ni biase je sblm di edit coz ambk dlm hotel while wearing 'yukata' (Its not a kimono but look alike). Masa tu pun dah nk tdo.. Taken by myvenezuelan friend, Laura.

Tapi masa i blk dr Kamaishi tu, mcm biasa i akn upload picta untuk dikongsi dgn bf i..hmm he like diz picta sho much =) he did copy it & edit sikit2 n send it to me.. n tara..new looks.. =)

Tq dear..atleast 2pimples i kat dahi tu dh xnampak sgt.. =p tp now mmg dh betul2 hlg dh ;-) (happy)

LaNGsiR kataNye~

erm...whats wrong with this kebaya?

baju ni i terjumpa dlm facebook..to the owner, sorry i upload gmbar dr album u..tp i sgt suka desiGn n CoLor this KeBaya..Thumbs up for u guys..Really a big compliment from me...

but when I show it to my lover, ini reaksi dia >Ni kain langsir ke baju saYang? Sedih betul...i yg buta or dia yg xnmpak betapa chanteknye baju ini? Hehe..tp i tau mesti dia pun fikir kebaya ni cantik tp dia ckp cmtu sbb taknak i membazir..Even Me like it sho much..but mahal banget T_T RM 2000++ wajarlah xbeli =p thanks to boyfie

Im the BaBy blogGeR =)

Salam semua...

I am so new here..baru beberapa minit yang lalu i buat blog ni..hmm.. y i made this? semalam i bukak facebook add people yg kena mengena ngan wedding..mcm2 i tRy.. kebaya penganTin la...Mekap pengantin la..KebaYa Payet la..Rumah Kebaya Msia suma i dh view..hehe..n suma i add..i tgk je picta yg cntik2, i terus add...

i dh nk kawen kot..insyaallah hujung tahun ni..doa2kan yek =) Lepas je i Chatting2 ym ngan sidia kol 8mlm td (Time jepun tp Msia kol 7mlm), i dpt notification facebook Dina Halim Bridal Boutique accept my friend request..hmm pg td pulak Kebaya payet tu accept..best2..sbb i add suma org yg hasil kerjanye i dh view dulu..n ofcourse SupErb!! Sebab tula i add diorg as a friends..tapi contest Dina Halim Bridal Boutique ni membuatkan i 'tertau' pulak mcmana nak wat blog! nice...hehehe..ade gak ilmu IT secoit mlm ni... masa i baca psl contest ni, dgn semangat yg melampau, i terus ym dia, tp xreply..baru tringat dia g mkn..i apelagi, explore internet cm budak tgh explore main anak patung...i tekan sana, tekan sini...n tara, i made my one blog! =)

Bg readers, mungkin trfkr apela yg hebat sgt ade new blog kan?maybe u olls dh ade 2-3 kut..tp i sgtlaaa lembab bab2 IT nih..hehehe..by d time myboyfie ym n nak ajar cmne nk wat blog, i ckp cmni> 'dah siap dah yang'... =p n he said>'betulke ni?' dengan nada mencurigai sesuatu..heheehe...i did it yang...tq ;-)

Semangat nk kawen membara2 =p i dunno tp dh seminggu ni I keep on searching pelamin la, baju yg cantik2, hantaran n promosi2 yg rancak di uar2kan di semua blog2 andaman..n contest ni for me...Sangat Menarik!